1. Pengenalan
Wayang Gedek adalah
merupakan satu bentuk teater tradisional yang menggunakan asas cahaya
dan bayang-bayang pada sehelai kain putih yang direntangkan atau
diletakkan secara menegak yang dipanggil 'kelir'. Perkataan 'wayang' menurut Kamus Dewan bermakna patung dan lain-lain material untuk mempertunjukan sesuatu cerita. Asal perkataan 'wayang' adalah diambil dari bahasa Bugis yang disebut dalam bahasa Jawa sebagai 'bayangan' dan dalam bahasa Aceh disebut sebagai 'bayang', bahasa melayu menggunakan perkataan 'bayang-bayang' dimana
wayang itu adalah terbitnya bayang-bayang yang diwujudkan dengan cara
menggerakkan sesuatu objek yang dipanggil patung-patung wayang kulit.Akar kata perkataan wayang adalah 'yang' dan lanjutnya pula melahirkan perkataan lain seperti perkataan 'layang', 'poyang' dalam bahasa Jawa 'tidak tenang', ' doyang' maknanya miring 'senget', 'royong' tidak stabil atau statik. Dari semua perkataan ini dapat disimpulkan makna kepada wayang kulit ialah merupakan sesuatu yang tidak stabil atau tetap, menggunakan objek-objek yang tidak tenang bergerak-gerak dan terbang melayang terutamanya jika dilihat dari segi visual.
Wayang Gedek dipersembahkan di Utara Semenanjung Malaysia seperti di Perlis, Kedah dan juga Perak. Negeri-negeri ini juga menerima pengaruh kuat dari Thailand. Kawasan ini terdedah kepada proses percantuman budaya dari sebuah negara dengan negara lain. Contohnya dari segi bahasa pertuturan, cara hidup dan tidak ketinggalan juga dari segi persembahan seni teaternya.
2. Bahasa
Wayang Gedek
menggunakan dialek Kedah bercampur Thai. Unsur-unsur Thai juga jelas
dalam kelihatan dari aspek reka corak pakaian pada patung itu sendiri
yang berunsurkan wayang Siam. Semasa memulakan persembahan, upacara 'buka Panggung' adalah menggunakan bahasa Thai keseluruhanya walaupun cerita yang hendak disampaikan adalah dalam dialek Kedah sepenuhnya.
3. Tok Dalang
Di negeri Kedah
terdapat banyak kumpulan wayang kulit yang bergiat aktif dalam Wayang
Gedek. Antara kumpulan yang terkenal di negeri Kedah yang adalah
Kumpulan Wayang Kulit Sri Asun. Dalang pertama dalam Kumpulan Wayang
Kulit Sri Asun adalah Mohd Noh bin Mahmud atau lebih dikenali dengan
panggilan Pak Noh. Pada usia lingkungan enam belas tahun, Pak Noh
dikatakan sering meniru tingkah laku seorang dalang semasa mengadakan
persembahan wayang kulit. Akibatnya Pak Noh telah mendapat satu penyakit
yang hanya dapat disembuhkan oleh seorang dalang iaitu Den Choon yang
merupakan ketua sebuah kumpulan wayang kulit yang berasal dari Selatan
Thailand. Setelah Pak Noh sembuh dari penyakitnya, maka Den Choon pun
menjadikan beliau sebagai anak angkat dan lalu menurunkan segala ilmu
pendalanganya kepada Pak Noh.
Semasa proses pembelajaran, Pak Noh diajarkan ilmu pendalangan Siam. Pak Noh terpaksa mempelajari semua epik-epik Thai, jampi mentera, pantang larang, lagu-lagu dan semuanya dalam bahasa Thai. Pak Noh mengambil masa 10 tahun untuk mempelajarinya dan diberi kepercayaan untuk mengadakan persembahan wayang kulitnya sendiri.
Kini, Pak Noh telah meninggal dunia dan digantikan oleh anaknya iaitu Pak Majid. Pak Majid menjadi Tok Dalang kepada Kumpulan Seri Asun sehingga ke hari ini. Pak Majid telah mempelajari ilmu pendalangan oleh ayahnya iaitu Pak Noh selama 16 tahun. Dalam tempoh tersebut Pak Majid telah berjaya memahami segala aspek dan istiadatnya serta yakin untuk mencipta semula satu bentuk persembahan dengan menggunakan sepenuhnya Bahasa Melayu. Pak Majid yakin mempersembahkan watak-watak yang lebih mencabar dengan unsur-unsur lucu dan sindiran yang membina dan menghiburkan.
Menurut Pak Majid, Wayang Gedek ini adalah satu warisan seni yang mempunyai adat dan kebudayaanya tersendiri. Dalam penyempurnaan adat dan penerimaan watikah perlantikan dalang dari ayahnya beberapa syarat perlu diikut antaranya memerlukan seekor ayan jantan, kampung berwarna putih, sepinggan pulut kunyit, seutas lilin pintal benang masak, sintok, air buyung, kuih tradisi merah atau kuih buah melaka beserta duit sebanyak RM2.15. Dalam istiadat itu juga disertai oleh lima orang pemuziknya bersewrta dengan seekor ayam yang serupa. Jampi dan doa juga diadakan sebagai tanda kesyukuran dalam majlis penyerahan tugas seorang dalang ini.

4. Jampi Mentera
Mentera
memainkan peranan penting dan seseorang dalang mestilah mahir dalam
aspek tersebut. Perkataan mentera adalah berasal daripada perkataan
Sanskrit iaitu mantra.
Jampi mentera boleh didefinisikan sebagai rangkaian kata-kata ataupiun
pemujaan yang diucapkan oleh dalang yang mempunyai tujuan yang tertentu.
Kadangkala bahasa yang digunakan juga tidak difahami oleh penduduk
tempatabn. Jampi mentera ini juga selalunya dikaitakan dengan sesuatu
kuasa mistik bagi melakukan sesuatu pekerjaan.
Dalam persembahan wayang kulit dapat dilihat dengan jelas penggunaan jampi mentera ini terutamanya pada masa 'pembukaan panggung'. Bagi kumpulan Wayang Kulit Sri Asun kita dapat lihat penggunaan Bahasa Thai di dalam upacara jampi mentera ini. Ini adalah kerana asas pendalangan yang dipelajari oleh Pak Noh adalah secara terus dari dalang Thai. Jampi mentera ini adalah seperti berikut :-

Ohm naku chacha lakowatu
Naka chak bai chak chu cha cha
Ohm naku chachalakowatu
Naka chak bai chak chu cha cha
Om naku naka cha cha o bai
Om naku naka cha cha o bai
Jalalau musang raiku pai klai-klai
Passa mai nyai
Terjemahanya:
Muka engakau aku kibaskan dengan daun
Daun menjadi pelindung antara mukaku dengan mukamu
Pergilah engkau jauh-jauh
Bangsa engkau bukanlah besar
5. Patung Wayang Gedek dan Watak
Patung
merupakan aspek penting dalam setiap persembahan wayang kulit. Ianya
berbentuk dua demensi yang diperbuat daripada kulit-kulit binatang
seperti kulit lembu, kambing dan kerbau. Patung ini ada diantaranya yang
dibuat sendiri oleh dalang ataupun dibeli dari Thailand. Patung ini
diukir halus dan diwarnakan mengikut watak didalam sesebuah cerita yang
dipersembahkan oleh seseorang dalang. Dalam pembuatan patung Wayang
Gedek kepakaran yang tinggi dan ketelitian amat diperlukan kerana ianya
adalah nilai seni jelas kelihatan pada patung yang dihasilkan. Terdapat
pantang larang dalam proses penghasilan Wayang Gedek terutamanya
terhadap isteri dalang itu sendiri. Dipercayai, semasa penghasilan
patung, isteri dalang mestilah tidak hamil. Ini kerana, jika isteri
dalang hamil, amak dipercayai suatu perkara buruk akan menimpa keluarga
dalang tersebut terutamanya pada anak yang bakal lahir itu. Walaupun
aspek bertentangan dengan ajaran Islam tetapi ianya dituruti oleh dalang
kerana tidak mahu menanggung risiko.
Secara keseluruhan, ianya merupakan set yang tersendiri dari berbagai jenis patung yang mempunyai bentuk konvensional dan moden. Walaupun beratus patung di dalam sesebuah kumpulan tetapi ianya masih boleh dibezakan mengikut kategori utama yang telah ditetapkan seperti golongan istana, dewa, hamba dan gergasi. Setiap kategori ini dapat dibezakan berdasarkan susuk badan, perhiasan dan pakaian, warna tubuh badan dan juga senjata yang ada pada watak tertentu.
Patung Wayang Gedek yang dipersembahkan oleh Kumpulan Wayang Kulit Sri Asun juga terdapat kategori demikian. Kumpulan ini mempunyai lebih dari dua ratus patung dan empat daripadanya adalah warisan dari gurunya. Watak-watak yang menjadi watak utama dalam persembahan Wayang Gedek adalah seperti Ai Tong, Ai Kiew, Dewa Panah dan Mahaguru. Dalam cerita Wayang Gedek terdapat dua pembahagian watak utama iaitu watak jahat dan watak baik. Watak baik terdiri daripada patung-patung yang memegang watak hero dan heroin. Contohnya seperti patung Mahaguru, Dewa Panah, Raja Permaisuri. Watak jahat pula dipegang oleh patung gergasi dan Bota.

6. Peralatan Muzik
Peralatan Muzik
merupakan peralatan yang penting dalam persembahan wayang kulit. Dengan
menggunakan peralata muzik ini pemuzik akan memainkan lagu untuk
mengiringi persembahan wayang kulit. Melodi yang dimainkan bergantung
kepada babak atau episod yang terdapat dalam repertoire yang
dipersembahkan.
Berdasarkan
melodi yang dimainkan, penonton akan dapat mengetahui sama ada adegan
itu adalah adegan perang, sedih, gembira dan lain-lain. Peralatan yang
digunakan dalam kumpulan ini lebih tertumpu kepada dua pembahagian yang
utama iaitu alat-alat yang ditiup dan alat-alat yang diketuk. Peralatan
muzik dalam Kumpulan Wayang Sri Asun ini terdiri daripada alat-alat
muzik seperti :-
- Serunai
- Geduk
- Gedombak
- Kerincing
- Gong
- Tamborin
Kedudukan negeri Kedah yang bersempadan dengan negara Thailand, menyebabkan pengaruh kebudayaan Siam mudah masuk. Di tambah pula dengan faktor sejarah di mana Kedah pernah dijaajh oleh kerajaan Siam dahulu.
Pengaruh kebudayaan yang dibawa masuk oleh masyarakat Thai adalah seperti Wayang Gedek, Menohra, Jikey dan Makyung. Di antaranya yang paling ketara yang membawa kebudayaan Thai ialah Wayang Gedek iaitu serupa denga persembahan Nang Talung di Selatan Thailand. Dari aspek persembahan, elemen Siam yang masih dikekalkan dalam Kumpulan Wayang Sri Asun ialah jampi mentera yang bertujuan melindungi ahli kumpulan tersebut. Pengaruh pakaian dan perhiasan pada patung juga jelas terdapat pengaruh kebudayaan Siam. Bahasa yang digunakan di dalam persembahan Wayang Gedek juga telah mengalami perubahan. Asalnya bahasa penyampaian adalah bahasa Thailand.
SUMBER
http://wayangkulitsmp2252.blogspot.com/2010/10/wayang-gedek.html
No comments:
Post a Comment