Sunday 22 September 2013

Persamaan & Perbezaan Ciri-Ciri Wayang Kulit

PERSAMAAN & BERBEZAAN WAYANG KULIT 


"Persamaan" dan "Perbezaan" wayang kulit khususnya bagi empat jenis wayang kulit yang telah dibincangkan sebelum ini dapat dilihat berdasarkan kepada beberapa ciri utama wayang kulit itu sendiri seperti asal usul, isi cerita, bahasa yang digunakan, bentuk patung (watak) dan alat muzik yang digunakan dalam persembahan wayang kulit tersebut.

TIGA PERBEZAAN 

1.   Bentuk Patung

Patung dari jenis wayang kulit yang berpengaruh Jawa mempunyai kedua sendi tangan dan dapat digerakkan tetapi pada patung wayang kulit Kelantan hanya sendi sebelah hadapan patung itu sahaja yang digerakkan. Watak patung-patung utama dalam wayang kulit Kelantan selalunya dikemukakan terletak di atas satu rupa kenderaan kenaikan seperti naga, ular dan buaya. Sebaliknya, ciri  ini tidak terdapat dalam patung-patung wayang kulit Jawa. Hampir keseluruhan patung wayang kulit dipersembahkan dalam kedudukan mengiring. Hanya patung wayang gedek sahaja yang terdapat patung- patungnya dibentuk berhadapan.

          Pada keseluruhannya hampir semua patung-patung wayang kulit yang berpengaruh Jawa dan Thai mengekalkan ciri-ciri asalnya dari segi pakaian, tudung kepala dan peralatan-peralatan senjata tetapi di mana terdapat watak- watak tempatan di dalam cerita segala ciri-ciri tempatan digunakan. Sebagai contohnya watak-watak tempatan seperti Wak Long, Pak Dogol, Mahasiko (wayang  Kelantan);  Semar  dan  Cemuras/Turas  (wayang  Melayu)  bukan sahaja melambangkan perwatakan tempatan tetapi pembentukan patungnya juga terkeluar dari kelaziman pembentukan patung-patung yang lain.


  2. Muzik Wayang Kulit


 Wayang  Kelantan dan  wayang gedek adalah  diiringi  oleh  satu  kumpulan muzik paluan dan sebatang serunai. Wayang Melayu pula diiringi oleh kumpulan muzik paluan tradisional dan rebab manakala wayang purwo diiringi oleh satu kumpulan gamelan.


  
  3. Dalang


  Semua dalang dalam setiap jenis persembahan wayang kulit adalah dibantu oleh dua orang   yang dipanggil pengantin melainkan dalam wayang gedek.

Anda boleh melihat persamaan dan perbezaan yang dimaksudkan di atas secara jelas sepertimana yang telah diringkaskan dalam jadual-jadual di bawah ini. Perbandingan yang jelas dapat diperhatikan berdasarkan maklumat-maklumat yang telah diringkaskan di bawah ini.

SUMBER
http://wayangkulitsmp2252.blogspot.com/2010/10/perbezaan-ciri-ciri-wayang-kulit.html





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...