Friday, 20 September 2013

Tokoh wayang kulit-Pak Dain

Muhammad Dain Othman, berkelulusan BA (Hons) Antropologi UKM, 1978. Berkerja sebagai Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan. Mempunyai pengalaman dan membuat kajian serta penyelidikan dalam Wayang Kulit Melayu Kelantan Tradisional sejak tahun 1980. Mempelajari ilmu perdalangan wayang kulit Melayu Kelantan Tradisional secara mendalam daripada tiga dalang iaitu En. Hamzah Awang Hamat (Pak Hamzah) Kampong Gerong, Tumpat Kelantan. (Seniman Negara – Anugerah Wayang Kulit), En. Hassan b. Omar (Anak arwah Tok Dalang Omar, Kampong Kedai Buloh, Kelantan) dan En. Jusoh b. Hassan (Che Wa) Kampung Morak, Tumpat, Kelantan, dalang tertua selepas arwah Tok Awang Lah, Kg.Kebakat, Tumpat, Kelantan. (Kesemua Tok Dalang tersebut telah kembali ke Rahmatullah- Al Fatihah buat mereka).


Menamat pembelajaran secara perlimau dengan arwah Che Wa tahun 1983.Bergiat cergas dalam persembahan wayang Kulit dari tahun 1983 sehingga tahun 1990. Juga menjadi Bendahari Badan seni Budaya Kelantan (BASNIDA) sehingga 1995. Sepanjang penglibatan banyak membuat persembahan dalam dan luar negeri. Kemudian penglibatan terhenti justeru bertukar ke Kuala Lumpur kerana tugas. Kemudian kembali menaungi Kumpulan Sri Wayang Kampong Paloh 2, sejak kembali bertugas di Kelantan, akhir tahun 2004 hingga kini. Tetapi tidak melibatkan diri dalam perdalangan wayang kulit kerana kekangan kerja. Menubuhkan geleri dan pasukan pelapis WKMTK bermula 2008 serentak dengan pengoperasian Galeri. Ringkasan: Mengenali dan mendekati wayang kulit bermula akhir tahun 1960an lagi. Sempat mengenali arwah Tok Awang Lah dan arwah Karim Parido.( Mereka amat rapat dengan keluarga arwah datuk ).

Berminat dan mempelajari Wayang Kulit Asli Kelantan ( WKAMK ) awal tahun 1980. Berguru secara formal dengan arwah Tok dalang Jusoh Hassan ( Che Wa ), Hamzah Awang Hamat ( Pak Hamzah ) dan Hassan Omar. Menerima pentauliahan secara rasmi dalam jurai WKMAK dari arwah Che Wa dan Pak Hamzah. Berjuang mengekal dan memartabatkan ciri-ciri dominan WKMAK dari aspek persembahan dan pendalangan. Memastikan WKMAK yang kini lebih di kenali dengan Wayang Kulit Melayu Tradisional Kelantan ( WKMTK ) apabila wujudnya Wayang Kulit Melayu Alaf Baru Kelantan ( MKMAB ) atau Wayang Kulit Melayu Moden Kelantan ( WKMMK ) dan siri Wayang Kulit Animasi, kekal kukuh pada domin: i. Pendalangan ii. Persembahan iii. Musik iv. Bahasa v. Gambar http://wayangpakdain.com/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...