Selain
di Thailand, Jawa dan Malaysia, wayang kulit juga turut didapati di
Bali, Kemboja dan China. Fungsi dan asas persembahannya sama tetapi nama
yang diberi pada wayang kulit ini adalah berbeza mengikut tempat,
budaya dan bahasa. Wayang kulit Jawa dikenali sebagai Wayang Purwa,
wayang kulit Thailand pula dikenali sebagai Nang Yai dan Nang Talung
manakala wayang kulit Kemboja disebut sebagai Nang Sbek.
Setiap
wayang kulit mempunyai ciri dan fungsi tersendiri walaupun terdapat
beberapa persamaan dari segi cerita dan rupa bentuk patungnya. Akan
tetapi wayang kulit kini banyak yang telah diubah mengikut budaya dan
citarasa setempat.
Melihat
kepada ciri-ciri dan rekabentuk patung wayang kulit ini terdapat
beberapa perbezaan yang boleh dikenalpasti. Antaranya, kedua-dua tangan
patung wayang kulit Jawa dapat digerakkan, tetapi wayang kulit Melayu
hanya dapat digerakkan sebelah sahaja. Patung wayang Jawa lebih tinggi
serta ramping jika dibandingkan dengan patung wayang kulit Melayu yang
nampak lebih gagah dan tegap. Patung wayang kulit Kemboja pula yang
memerlukan beberapa orang dalang untuk menggerakkannya dalam sesuatu
persembahan.
Di
Malaysia terdapat beberapa jenis wayang kulit iaitu Wayang Kelantan
(Siam), Wayang Kulit Jawa, Wayang Gedek (Kedah) dan Wayang Melayu.
Wayang Kelantan dan wayang Gedek-Siam popular di negeri-negeri pantai
Timur Semenanjung seperti Kelantan, Terengganu, Utara Semenanjung
seperti Kedah, Perlis dan Perak. Manakala wayang kulit Jawa sangat
popular di Johor dan Selangor.
SUMBER
http://wayangkulitsmp2252.blogspot.com/2010/10/sejarah-wayang-kulit.html
SUMBER
http://wayangkulitsmp2252.blogspot.com/2010/10/sejarah-wayang-kulit.html
No comments:
Post a Comment