"Persamaan" dan "Perbezaan"
wayang kulit khususnya bagi empat jenis wayang kulit yang telah
dibincangkan sebelum ini dapat dilihat berdasarkan kepada beberapa ciri
utama wayang kulit itu sendiri seperti asal usul, isi cerita, bahasa yang digunakan, bentuk patung (watak) dan alat muzik yang digunakan dalam persembahan wayang kulit tersebut.
TIGA PERBEZAAN
1. Bentuk Patung
Patung dari jenis wayang kulit yang berpengaruh Jawa mempunyai kedua sendi tangan dan dapat digerakkan tetapi pada patung wayang kulit Kelantan hanya sendi sebelah hadapan patung itu sahaja yang digerakkan. Watak patung-patung utama dalam wayang kulit Kelantan selalunya dikemukakan terletak di atas satu rupa kenderaan kenaikan seperti naga, ular dan buaya. Sebaliknya, ciri ini tidak terdapat dalam patung-patung wayang kulit Jawa. Hampir keseluruhan patung wayang kulit dipersembahkan dalam kedudukan mengiring. Hanya patung wayang gedek sahaja yang terdapat patung- patungnya dibentuk berhadapan.
Pada keseluruhannya hampir semua patung-patung wayang kulit yang berpengaruh Jawa dan Thai mengekalkan ciri-ciri asalnya dari segi pakaian, tudung kepala dan peralatan-peralatan senjata tetapi di mana terdapat watak- watak tempatan di dalam cerita segala ciri-ciri tempatan digunakan. Sebagai contohnya watak-watak tempatan seperti Wak Long, Pak Dogol, Mahasiko (wayang Kelantan); Semar dan Cemuras/Turas (wayang Melayu) bukan sahaja melambangkan perwatakan tempatan tetapi pembentukan patungnya juga terkeluar dari kelaziman pembentukan patung-patung yang lain.
2. Muzik Wayang Kulit
Wayang Kelantan dan wayang gedek adalah diiringi oleh satu kumpulan muzik paluan dan sebatang serunai. Wayang Melayu pula diiringi oleh kumpulan muzik paluan tradisional dan rebab manakala wayang purwo diiringi oleh satu kumpulan gamelan.
3. Dalang
Semua dalang dalam setiap jenis persembahan wayang kulit adalah dibantu oleh dua orang yang dipanggil pengantin melainkan dalam wayang gedek.

Anda boleh melihat persamaan dan
perbezaan yang dimaksudkan di atas secara jelas sepertimana yang telah
diringkaskan dalam jadual-jadual di bawah ini. Perbandingan yang jelas
dapat diperhatikan berdasarkan maklumat-maklumat yang telah diringkaskan
di bawah ini.
SUMBER
http://wayangkulitsmp2252.blogspot.com/2010/10/perbezaan-ciri-ciri-wayang-kulit.html

No comments:
Post a Comment